RAMADHAN tahun ini lagi sekali tanpa keluarga tercinta

salam jumaat semua , harini juga merupakan Jumaat terakhir bulan syaaban. Selamat tinggal syaaban, selamat datang ramadan yang penuh barakah ini. :)


seronok tengok korang yang duduk bersama keluarga dapat berbuka bersama dan sahur bersama tapi apakan nasib ain sebagai seorang student terpaksa makan hati tidak dapat bersama keluarga.
Hidup macam perantauan mencari ilmu hingga ke hujung dunia demi sebuah kejayaan untuk masa akan datang.

mak abah tak dapat kita berbuka puasa bersama kan ,sahur bersama . hmm sedeyhnyaa ..*lantas mengalir air mataku apabila terkenangkan keluarga di johor bharu . hmm

hendak pulang tapi cuti tidak mengizinkan .. tak apa lahh .. inilah adat seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarganya ... petang ni balik ke rumah alor setar sambut puasa bersama family sham .. nak buat macam mana .. family ain jauh . family sham je ain ada .. merasailahh juga nikmat berbuka sesama walaupun bukan dgn keluarga sendiri ,,

#selamat menyambut RAMADHAN yg mulia ini ..