6 sebab kamu semua GAGAL BERCINTA




Apa salah aku sayang ? Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia? Selama ini aku berkorban itu dan ini tapi aku langsung tidak dihargai, malah aku ditinggalkannya pula! Stresnya! Aku benci lelaki! Kenapa dia pilihan kau ! KENAPA !

wow ! marahnyanya . look kemarahan awak tidak boleh dibendung lagi . jom kita lihat macam mana anda . ini lah sebab anda semua gagal bercinta . mesti FRUSTkan bila kawan tanya pasal ' BF ' . kononnya breakup lah . dia tak paham aku lahh . tape2 . cool . jom tengok dulu :)

1.   Pentingkan Diri
Mungkin kamu tidak sedar bahawa si dia sering memerhatikan gerak geri dan perbuatan kamu setiap hari. Secara tidak langsung, si dia tahu serba sedikit tentang diri kamu yang si dia kurang gemari. kamu mungkin tidak perasan bahawa kamu sangat mementingkan diri. Setiap kali berlakunya perbalahan antara kalian pasti kamu akan mempertahankannya walaupun kesalahan itu sememangnya di bahu kamu. Jadi patutkah si dia dipersalahkan? kalau kamu menjadi si dia, tentu kamu berfi kiran sama bukan?

2.   Kuat Membebel
Pot pet pot pet, jenuh juga si dia nak menahan bebelan kamu setiap hari yang terlalu menyakitkan telinganya. Bagi kamu itu mungkin perkara biasa, namun tidak bagi si dia. Kamu kena ingat lelaki paling pantang bila ada orang yang membebel di telinganya. Biasalah mana ada manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kam sepatutnya prihatin dan bukan berleter macam mak nenek. Lama-kelamaan si dia pasti rasa bosan dan mula mencari pasangan yang lain. Jika tidak mahu berputih mata, cepat-cepatlah berubah.

3. Kurang Perhatian
Lelaki merupakan individu yang sangat manja dan suka diberikan perhatian. Baginya cara itu menandakan yang kamu sangat mengambil berat dan menyayangi dirinya sepenuh hati. Namun bila kamu kurang memberikan perhatian dan memanjakan dirinya, si dia akan mula berjauh hati. Beri perhatian terutamanya apabila si dia melayani kamu biasa-biasa sahaja atau sering menolak permintaan kamu. Itu tandanya dia ingin cuba menjauhkan dirinya daripada kamu. Jadi, awas!

4. Mencari Kesalahan
Kamu mempunyai masalah suka mencari salah orang lain. Ada sahaja yang tidak kena. Perkara ini sudah pastinya akan membuat pasangan kita akan berasa lemas dan akan berasa diri kita ini tiada nilai kerana hanya tahu mencari kesalahan orang lain tanpa tahu mencermin diri sendiri.

5. Bangga Diri
Pasangan kita juga akan berasa bosan jika kita terlalu membangga diri. Sepatutnya, kita hanya perlu bersikap sederhana dan membiarkan pasangan kita yang memuji diri kita. Bukan diri kita yang memuji diri kita. Kurangkan sikap mengangkat bakul sendiri kerana pasangan kita akan berasa loya dan menyampah terhadap kita.

6. Membuat Perbezaan
Adalah satu pantang bagi satu perhubungan jika kita suka membuat perbezaan antara perhubungan kita dengan perhubungan orang lain. Ia seolah-olah mencabar pasangan kita dan seperti menjatuhkan air muka pasangan kita. Sentiasa ingat bahawa kita patut bersyukur dengan apa perhubungan kita ada.

#notakaki : cuit sini dan cuit itu