"SEGMEN : JOM FOLLOW"


* KLIK BANNER UTK JOIN *

#have a nice day to join this segment :)

LEGOLAND TIME | entry bergambar

assalamualaikum :)

apa khabar ? sihat ? sekian lama tak menaip rasanya . Harini nk share some photo jewp . Semalam ain pergi legoland , nusajaya dengan kawan . Memang fun ah . Puas berjalan . Nak rasa kepuasannya ? Jom pakat-pakat mai Johor :)







byk gambar ain jer ? sorry :) hahaha . 

ain penat dhaa berjalan , serius penat tpi besh :) sesiapa nak mai johor boleh calling ain :)

PRICE DAY TICKET :
PriceMyKad holder (RM30 promotion)
AdultRM 140RM 110
Kids (3-11)RM 110RM 80
Senior Citizens (above 60)RM 110RM 80


ANNUAL PASS :
AdultRM 275
Kids (3-11)RM 210
Senior Citizens (above 60)RM 210

more information http://www.legoland.com.my/

# petang ni dah balik perlis . hmm .

JOM JADI GENG BUI



klik banner & join!

tarikh tutup pada 30 Oktober 2012 jam 11:59 malam
5 hadiah misteri menanti untuk blogger yang bertuah..

let's groom for charity | entry bergambar






#thanx dear :') late upload *

kanser serviks dan kanser barah payudara | wanita dan perempuan

Assalamualaikum :)


Pada ahad lalu 07 OKTOBER 2012 ,  kawan-kawan ain dari DSS dan DAT telah menganjurkan satu event "LET'S GROOM FOR CHARITY" di dewan harumanis , perlis. Event ni berkenaan dengan kesedaran barah payudara dan kanser serviks dan belajar makeup. Selain itu terdapat beberapa buah booth telah disediakan untuk orang luar menjalankan perniagaan mereka.

Banyak info terkini yang ain dapat melalui event ni. Dimaklumkan bahawa pengidap kanser payudara pada hari ini adalah 1:15 , banyak tu !wahai wanita dan perempuan sila jaga diri anda .

Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

SILA BUAT PEMERIKSAAN :)

Manakala pengidap kanser serviks 1:5 sikit kan ? tapi ini merbahaya kepada semua wanita diluar sana. Sebenarnya perempuan dan wanita lebih terdedah untuk menghadapi kanser servik. Ini juga bukan lah keturunan , sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapati penyakit ini . Kenal pasti sengugut yang anda alami , senggugut ada dua jenis secondary dan primer. Secondary merupakan anda sengugut masa mula-mula ada baligh dan primer anda bila ada dah dewasa ( tolong buat pemeriksaan bagi sengugut primer ) anda berisiko untuk mendapat kanser serviks !

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  • Hubungan sek pada usia muda
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  • Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  • Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
Penggunaa tuala wanita yang berjenama KOTEX , INTIMATE adalah berisiko tinggi untuk mendapatkan kanser serviks. Adakah anda tahu cara pembuatannya ? Adakah ada tahu ia di perbuat dari pulpa kayu ? tidak salah untuk memakai  jenama tersebut , tapi pastikan 4jam sekali anda ganti dengan yang baru dan tak salah jika anda tukar penggunaan tuala wanita kepada tuala wanita yang diperbuat daripada KAPAS serta HERBA .


Tuala Wanita Herba Avail (FC Bio Sanitary Pad) ialah tuala wanita hebat yang dirumus khas dengan 17 herba terpilih untuk menjaga dan memelihara kesihatan wanita.Selain berfungsi sebagai pengelak kebocoran ketika didatangi haid, produk hebat ini juga boleh membantu mencegah masalah sampingan seperti kegatalan, keputihan, jangkitan kuman dan lain-lain masalah yang mungkin dihadapi akibat kedatangan haid.Istimewanya Tuala Wanita Herba Avail (FC Bio Sanitary Pad) ialah ianya dibuat 100% daripada kapas dan dapat menghalang rasa kepanasan, kegatalan dan ketidakselesaan ketika memakainya.Ianya juga merupakan produk yang dipatenkan selama 20 tahun (bermula 1999 hingga 2018) dan telah melalui ujian makmal bagi mengesahkan keselamatan penggunaannya.Selain fungsi asas sebagai pengelak kebocoran ketika datang haid, produk unik ini telah dicipta khas untuk mengatasi gejala-gejala berikut:-
• Sengugut
• Sakit Pinggang
• Keputihan
• Masalah Berbau
• Membetulkan Pusingan Haid
• Tidak Datang Haid
• Sakit Belakang Semasa Haid
• Gatal-Gatal/Berair
• Barah Rahim/Fibroid
• Mencegah Jangkitan Kuman di Faraj dan Pundi Kencing
• Melancarkan Peredaran Darah
• Masalah Susah Mengandung
• Merangsang Seks
• Lebih Bertenaga
• Mengecutkan Rahim
• Mengeluarkan Darah Beku Dalam Rahim terutamanya Selepas Bersalin atau Keguguran
• Luka/Kayap/Kurap
• Asma
• Demam
• Sakit Kepala/Tengkuk
• Migran
• Sakit Lutut
• Dapat Tidur Lena Bagi Yang Susah Tidur
• Buasir
• Melecur
• Stress
• Sakit Saraf
• Jaundice (Demam Kuning)
• Melebatkan Rambut
• Sakit Gusi/Gigi
• Masalah Kencing Tak Lawas
• Sakit Tapak Kaki
• Buang Angin

SILA BUAT PEMERIKSAAN :)

Kata penceramah masa event to kalau muka lawa , bawah tak jaga tak guna juga. habes lari laki kita
( ketawa bahak-bahak dlm ceramah tu).  ain rasa dah cukup banyak membantu info diatas , sekadar perkongsian ringkas untuk wanita dan perempuan. untuk mendapatkan banyak informasi sila layari laman web berkenaan penyakit tersebut.
http://drrushdanoor.tripod.com/mkw1.html
http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php
http://padkesihatan.blogspot.com/
http://drrushdanoor.tripod.com/id12.html
http://cintaimaginasi.blogspot.com/2012/06/tanda-tanda-awal-kanser-payudara.html

#LAKUKAN PERUBAHAN DARI SEKARANG !

Tips Mengekalkan Persahabatan



Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.


Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah faedahnya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan.


Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.




Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.


Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.