final exam bermula ! yeah

assalamualaikum .


Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir untuk pelajar politeknik . Especially for student polytechnic Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis .( jabatan perdagangan, program diploma business studies )
ain nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir ni dan semoga dapat jawab dengan baik . Rakan-rakan jom kita sama-sama berjuang dalam peperiksaan ni . maklumlah lepas ni kita tak jumpa dah sebab praktikal ( especially for sem 3 ) . Mulakan dengan bismillah , kita dah BERUSAHA , dan sekarang kita TAWAKAL . insyaAllah boleh jawab :) untuk poli lain dan program lain good luck you all :)

YA ALLAH , DENGAN IZINMU PERMUDAHKAN LAH RAKAN-RAKAN AIN DAN AIN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR DENGAN KEADAAN YANG BAIK .

#pointer 3.5 above , amin :)

Cara memohon maaf yang romantik


Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya. Tapi jangan susah hati kat sini ada tips pujuk . hee :) dan bergantung juga cara anda memujuk dan kejujuran anda terhadap pasangan anda. Kalau dia tak layan pun nanti lama-lama dia akan memaafkan juga kan ?


1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya.

2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf.

3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.

4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.

5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.

6. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.

7. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.

8. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua tau.

#moga membantu sesiapa yang gaduh tuee . hehee 

segmen:saya nak kenal awak



KLIK BANNER UTK JOIN


nama penuh : Nur Farahain Binti Ruslee
asal: Johor Bharu
status: sudah berpunya :)
tarikh lahir: 05 JUNE ( nak hadiah nte yer )
start blogging: 2011
matlamat blogging: sekadar nak berkongsi ilmu dan pengalaman :)
#ain ni kecik je orangnya , yang lain tu nak tahu kenal dengan ain dulu :*

AinHaQis' Giveaway


klik banner utk info 

mereka yg bertuah :

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434

assalamualaikum :)

Alhamdullilah , Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 ,
ain harap tahun baru ini akan lebih bermakna dan menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk menempuh apa sahaja ujian yang bakal datang tanpa kita ketahui. Semakin kuat ujian Allah , semakin sayang Allah dengan kita. Allah takkan pernah uji diluar kemampuan kita.
ain berharap keluarga ain akan lebih bahagia dengan apa yang ada sekarang, permudahkanlah segala urusan. Semoga azam kali ini amat bermakna dan berlaku perubahan.

#doakan ain pointer 3.5, amin. 20-24hb 11 ain final :)

Contest I Choose To Wear Hijab

selamat petang semua :) jom join contest :)

klik banner utk join

pertaruhkan gambar talent ! hehe :)




Hadiah :

1st prize

RM50

Maxi skirt 

Bawal plain 

Review blog

2nd prize

RM30

Maxi skirt 

Review blog


3rd prize

RM20

Bawal plain 

Review blog


 7 saguhati 

Bawal plain (sehelai setiap seorang) + Review blog (untuk 3 pemenang)

Topup RM5 + review blog (untuk 4 pemenang)




#suka-suka sahaja :) ada rezeki insyaAllah :)

saja menghilang stress mengadap buku :)

doakan ain pointer 3.5 :)

SEGMEN : JOM SINGGAH BY EYOY KHAIRULANAM

HYEHYE :)
bersegmen saja ain ni kan ? walaupun sibuk dengan study maklumlah final dah dekat .
 saja nak RELAXED minda jap tu bersegmen :) bye 

#doakan ain pointer 3.5. amin 

Segmen : Ingat kita kawan selamanya :)

KLIK BANNER UTK JOIN

intro dulu yer : nur farahain ruslee 
ain ramai kawan ! tapi yang betul kawan tu tak semua :)

ni kawan ain kat tempat belajar , ketawa , bersama 
insyaAllah kita akan berkawan sampai bilaII



ni bff ain :) 

mereka semua sentiasa di hati ain :)
KITA KAWAN SELAMANYA 

nak tag :

#akak da follow blog adik :) thanx invite akak join this segmen :)

kenapa kita di uji ?


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung. "-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan 
yang memiliki 'Arsy yang agung. "-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "-Surah Yusof ayat 87


#MUHASABAH KAN DIRI AIN :") 

Segmen : 1000 KASIH BERTAUT 2013

*KLIK BANNER UTK JOIN*

selamat pagi semua :)

pepagi lagi akak wani dah invite ain utk join segmen ni ! heee :) kira kejut bangun pagi la yer kak ? #macam tahu tahu bangun lewat :P Dengan berbesar hati ain join segmen ni :)

soalan yang diajukan adalah Nyatakan apa erti Kasih Sayang dari sudut pandangan sendiri ?

sayang yang ain paham utk bf/gf ni  bukan lah mengorbankan segala yang patut dikorbankan #hahaa . contoh maruah . selagi kita belum ada ikatan sah jangan sesekali say kita sanggup berkorban apa saja untuk nya . itu adalah tidak benar sama sekali . oke sayang :) sayang ni banyak kot sebenarnya . Yang ain paham wujud sayang bila kita boleh bertolak ansur , saling memahami , ain bagi contoh mak ain ;) #ratu hati ain . macam mak kita paham kita  . Mak cuba penuhi apa yg anak dia nak sebab mak taknak hati anak dia terluka . betapa sayangnya kan mak dengan kita ? tapi tahu tak perit dia nak tunaikan permintaan kita ? pernah tak kita fikir ? itu lah sayang mak kepada anaknya. heee :) dah cukup 
#sedih ingat mak kat rumah . jauh . hmm

Tips memulakan perkenalan



Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan kan ? tapi kata orang lebih baik kita buat macam dah kenal mungkin dengan cara itu membuatkan kita selesa untuk berbual. Apabila lelaki dan perempuan ingin berkenalan mesti rasa malu kan ? apa salahnya kita berkawan kan nak berkawan sahaja bukan mengorat . Hal ni pun kadang-kadang ada yang salah faham . perghh ! MALU SEYH . hahaha . #syoksendiri kata orang.

Ada beberapa nak berkenalan jom kita lihat satu persatu,


1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak. kena SEDIA tau !

Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.


2. Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat menebal.

Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu. Tapi janganlah buang hat lain pula.

Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.


3. Belajar memahami
Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.

Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.

Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.Cool je okey comel.


4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya 
( ni selalu jadi kat ain sebab tak suka save nombor :P )
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.

Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.


5. Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.

Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.

Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.

#oke cukup input tak ? tapi yg no 4 tu korang jangan ikut ain nyer perangai plak , TAK BAIK . hahaa :) insyaAllah akan diperbaiki untuk menyimpan no orang :)

PHOTO POSTO PHOTO


PHOTOGRAPHER : FITRI
PLACE : PUTERI HARBOUR , NUSAJAYA , JOHOR BHARU
TALENT : CIKAINRUSLEE


 PHOTOGRAPHER : NADIYAH ZAINAL
PLACE : KAMPUNG SAWAH , PONTIAN , JOHOR
TALENT : CIKAINRUSLEE


 PHOTOGRAPHER : RASHID
PLACE : TAMAN MERDEKA , JOHOR BHARU
TALENT : CIKAINRUSLEE

mana satu korang suka ? ! ngee :)
just sharing . mostly SANTAI :)

sahabat dan lawan

hey blogger :)


good morning . ! sahabat dan lawan ? apa erti sahabat ? apa erti lawan ? korang suka bergurau kasar ? ada orang yang tak suka . INGAT tu . yang tak suka tu la timbulnya LAWAN , DENDAM . jaga-jaga yer.. Tak semua orang kita boleh cakap ikut dan kita . Kadang-kadang melalui SMS pun kita boleh salah faham sedangkan isi mesej tu friendly. Tu orang kata 

"JANGAN JUDGE SESEORANG BERDASARKAN CARA DIA MENJAWAB JAWAPAN ANDA "

Mana tahu sebenarnya hati dia baik , peramah lagi . Padah bila dah tetapkan yang kawan tu seorang yang macam tu macam ni sedangkan anda jumpa dia pun tak pernah lagi . Tak semua orang tak pernah melakukan kesilapan . Jadi jangan menghukum dengan apa yang anda tidak tahu mereka orangnya macam mana. Tak besh la bila orang tu dah bash kita mula lah cerita-cerita yang tak enak. Apa salahnya kenal dulu orang tu macam mana baru boleh cakap dia orang yang macam mana. Macam dia tak pernah buat silap dan dia PERFECT . 

" TAK SEMUA ORANG SEMPURNA JADI JANGAN MENETAPKAN SATU KESALAHAN UNTUK MENYATAKAN DIA MEMANG SALAH "

Kita ni hidup nak berkawan bukannya nak berlawan, jadi bila dah bersahabat jangan pula menjadi lawannya silap-silap BERTUMBUK BAGAI . malu lah weyh ==' adooi . Kadang-kadang kita tak suka dia tapi cuba fikir balik adakah orang tu suka berkawan dengan kita ? kita ni SEMPURNA ke ? semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. TERIMA IA SEADANYA itulah sahabat. Antara PERSAHABATAN dan KEEGOAAN mana anda pilih ? CINTA dan PERSAHABATAN mana pilihan mu ? jadi lah terlampau MENJUDGE orang sedangkan diri TAK SEMPURNA mana . ALLAH tu sentiasa ada dengan kita , gunakan PELUANG yang ada sebaik-baiknya.


SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG SELALU MENGERTI AKAN KEADAAN SAHABATNYA :)

Wordless Wed #3

Selamat pagi Blogger :) 
Sebelum ni asek join SEGMEN je kan :)
sampai ada manusia yg tak puati ap nak jadi pun xtau .


Kadang Tuhan memberi cubaan yg berat dalam hidupmu, 
karena Dia mempersiapkan dirimu menerima sesuatu yg baik di masa depanmu.
Jadikan Tohmahan itu sebagai kekuatan berdiri diatas kaki sendiri,
Biarkan apa orang kata tentang diri kita kerana kita buat semuanya kerana Allah.
Tak perlu menjatuhkan maruah orang lain sehingga mengaibkan seseorang.

Segmen : Tingkatkan Followers Blog dan twitter.

klik banner utk join 


tarikh tamat 31.12.2012

Sgt Awesome This Contest ! JOM JOIN !

SEGMEN : 2nd Anniversary Giveaway by QCEY

Salam Tengahari ,

bersegmen lagi ain ni kan . kali ni segmen GA dari Qaseh Cinta Ekmal Yana

klik banner utk join

 ain da follow blog waseh cinta ekmal yana
ain da like official page awak
ain kalau boleh nak T-Shirt Soulmate. mgee

Tag :

Tarikh tamat pada10 November 2012, jam12.02am
apa tunggu lagi ? JOM JOIN !




SEGMEN : JOM FOLLOW & BLOGWALKING





 Bismilahhirahmanirrahim . Assalamualaikum .

Ain nak umumkan, ain terasa rajin nak buat segmen tentang "Jom Follow & Blogwalking" 
Segmen yang boleh membantu kita semua tingkatkan followers blog kita .



SYARAT-SYARAT

  • Follow blog ainruslee ! WAJIB 
  • Like fanpage ainruslee di [SINI] .
  • Buat entry bertajuk "SEGMEN : JOM FOLLOW & BLOGWALKING" dan wajib letak banner baru seronok.
  • Dalam entry tu korang kena nyatakan berapa followers korang yang sekarang . Depends nak printscreen or apa.
  • Letak link korang dekat ruangan komen .
  • Korang wajib FOLLOW semua peserta yang terlibat ok sayang. [SINI]
  • tarikh tamat 30 NOVEMBER 2012.
SUDAH TAMAT !

Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"

Happy Sunday !

Ringan jari menaip entry dan join segmen yang di buat oleh Liyana Syafiqah.

*klik banner utk join contest si comel :)

akak dah follow awak :) followe yang ke 193 :)
akak dah like FANPAGE awak jugak :)

#fakta tentang ainruslee tak boleh tenung mata orang lain lamaII , nanti TERJATUH HATI dah susah ! HAHA :)

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Peserta jom follow and blogwalking

  1. http://zamani84.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  2. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  3. http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  4. http://sicomel06.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  5. http://belogcapnutella.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  6. http://cyntaaabadies7296.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  7. http://myon9diari.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  8. http://www.mohdnoorshawal.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  9. http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  10. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  11. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  12. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  13. http://www.aynoranur.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  14. http://www.erazfadli.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  15. http://celotehsiaieen.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  16. http://yummycoklet.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow.html
  17. http://mylifestoryz.blogspot.com/2012/11/segmen-follow-blogwalking.html
  18. http://onakdayungbiopar.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  19. http://ellychris.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  20. http://numiraira99.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  21. http://erynlycious.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  22. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  23. http://coretanhatikathy.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  24. http://tasnemnem.blogspot.com/2012/11/segmenjom-follow-blogwalking.html
  25. http://melodyhidupku.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  26. http://leenabestfriend.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  27. http://nurulazieyan.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-dan-blogwalking.html
  28. http://lauryn-hyunnie.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  29. http://hananhadila.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  30. http://diarysiichiera97.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  31. http://duniawilma.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking/
  32. http://arrienlove.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  33. http://www.mialiana.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html 
  34. http://blognitisyapunya.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-and-blogwalking.html
  35. http://mamakaybee.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  36. http://syazwiyah93.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-and-blogwalking.html
  37. http://nurfara-hani.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  38. http://maerahim.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  39. http://waneyredzastories.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  40. http://www.ctfarahcomey.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  41. http://norofficial.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html
  42. http://keymekeymoo.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-follow-blogwalking.html