Mana Perginya Hormat ?

Assalamualaikum ..

Nak mula macam mana pun ain tak tahu . Macam mana orang nak HORMAT kau sedangkan kau tak HORMAT orang tua ? Bercakap ikut sedap . Ingat orang itu adik-adik kau ke ? Umur dah dewasa boleh fikirkan . Rasanya boleh dah fikir mana yang GURAUAN mana yang SERIUS . Kalau orang tu , orang tua kita , apa perasaan dia ? Tak semua orang tahu kita bergurau, kalau tahu itu okelah . kalau yg tak tahu tidak ke SENTAP hati dia. FIKIRLAH ! Bukan nk buka AIB sesiapa tapi ini untuk kita bersama :)

#maafkan sekiranya saya menaip ikut sedap mulut . Mungkin ada yg bergurau . Mungkin ada yang serius. tapi dah lama buat eksperimen . hehe

Bukankah BUDI BAHASA BUDAYA KITA ?

itulah slogan yang kita sering dengar pada akhir-akhir ini..kita sering mengajak orang lain untuk mengamalkan budaya ini .tetapi adakah kita sendiri mengamalkan budaya ini..?

TEPUKLAH DADA TANYA IMAN..jangan pula tepuk dada tanya selera pula kerana manusia tidak pernah puas termasuk saya .

Bercakap tentang perasaan hormat kita kepada orang yang lebih tua daripada kita yang semakin hari semakin pudar dan hanya menunggu masa saja sebelum ianya hilang ditelan arus kemodenan sekarang..

BETULKAN ?

1. adakah disebabkan kemodenan dan kemajuan zaman sekarang, kita perlu melupakan tradisi lama kita iaitu menghormati orang lain?

2. adakah disebabkan kita sekelas atau sepejabat, menyebabkan kita hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita?

3. adakah kerana kita senior di tempat itu menyebabkan semua orang-orang yang baru masuk ke tempat itu semuanya menjadi adik-adik kita walaupun umur mereka tidak mengatakan sebegitu?

4. kenapa agaknya berat sangat mulut ni nak sebut perkataan abang dan kakak?

Sekiranya kita mahu dihormati orang, kita kena menghormati orang lain dahulu..:) bye .

#maaf sekiranya mengguris hati kalian :)