Nikmatnya Lupa

Assalamualaikum :)

Terbangun awal pagi tadi dan terdengar ceramah mengenai NIKMATNYA LUPA . Kekadang kita manusia ni mudah JUDGE orang sesuka hati apabila dia melakukan kesilapan kecil ataupun besar. Bila orang tu buat salah dengan kita pasti kita ada perasaan dendam , geram dan  marah kan ? Bagaimana jika kita cuba melupakan kesalahan itu ? Bukankah itu lebih baik . Ye kita manusia yang mudah ALPA . Kesalahan orang lain kita nampak dan toce habis-habisan tetapi kesalahan diri sendiri ? TAK MENGAKU KAN ? Jika begitu kenapa tidak kita untuk melupakan kesilapan orang tersebut dan berkawan seperti biasa dengannya .

Cuba anda bayangkan jika semua orang berdendam ?

Jawapannya Tak Terbayang kan ? Mungkin sesama kita ada yang bergaduh sampai membawa kepada kematian.

Okey , Camni lah kita memang tidak suka dengan perkataan lupa ini. Mari kita fikir. Rasa-rasanya ada tak orang yang dapat kebaikan dengan perkataan lupa ini?

Ada. Cuba bayangkan;

  • Orang yang kematian orang tersayang. Kalau tidak ada rasa lupa ni, mungkin mereka akan bersedih sepanjang masa. Tapi Allah ilhamkan rasa lupa ini supaya mereka boleh lupakan seketika kisah sedih itu dan kembali meneruskan kehidupan dengan baik.

  • Orang yang berpisah dengan kekasih hati apabila tahu perhubungan sebelum nikah itu tidak halal di sisi agama. Kalau tidak ada rasa lupa ini, mungkin boleh buat mereka putus asa dengan kehidupan selepas berpisah dengan orang yang disayang separuh mati. Namun Allah ilhamkan rasa lupa ini untuk masing-masing meneruskan kehidupan dengan redha.

  • Dua sahabat yang berkelahi. Kalau tidak ada rasa lupa ini, mana mungkin dua sahabat yang berkelahi suatu ketika dahulu kini mampu berdakap mesra saat mereka berdamai. Kalau tidak ada rasa lupa ini, mungkin masing-masing tidak mahu memandang muka masing-masing apatah lagi bersalam dan berdakapan ketika berdamai. Namun, Allah ilhamkan rasa lupa ini untuk memberi ruang kepada mereka menjalin kembali ikatan ukhwah yang terputus seketika.

  • Orang jahil yang mahu berubah. Mana mungkin orang yang jahil mampu beroleh semangat untuk berubah pada masa yang sama mereka masih teringat-ingat kisah jahiliah mereka. Sebab itu Allah ilhamkan rasa lupa ini supaya mereka boleh lupa seketika kisah hidup yang jahil itu dan terus pandang ke hadapan menjalani perjalanan hidup baru yang lebih baik.

Lihatlah, betapa ia memberi kebaikan buat sesetengah manusia. Jika ada yang rasa sengsara dengan perkataan lupa, ada juga yang rasa tenang apabila dapat lupa sesuatu yang menyedihkan.

Lupa ini kadangkala perlu kadangkala tidak perlu. kadang-kadang datangkan kebaikan kadang-kadang memudaratkan.

Lupa yang bagaimana yang datangkan mudarat? Lupa yang menyebabkan kita lupa melaksanakan tuntutan agama. Lupa ini lupa yang memudaratkan, lupa yang boleh buat manusia hanyut dalam kehidupan yang lalai.

Kesimpulannya, manusia diberi pilihan. Hatta dengan perkataan lupa sekalipun, manusia yang memilih untuk gunakan lupa ini untuk kebaikan atau sebaliknya. Kalau boleh kita tidak mahu dekat dengan perkataan lupa ini.

Tapi kalau rasa lupa ini boleh buat kita lupa kesalahan orang lain kepada kita dan membuat kita lebih tenang jalani kehidupan, apa salahnya kan?

Tapi kalau rasa lupa ini boleh buat kita jadi lebih redha dengan takdir Allah, apa salahnya kan?

Tapi kalau rasa lupa ini boleh buat kita lupa pada kisah silam lantas kita menjadi positif meneruskan kehidupan yang lebih baik, apa salahnya kan?