Pengertian aku harapkan ,

Dalam hidupku dia adalah ratu tapi kini semua dah berubah sejak aku mula sibuk dengan kerjaya. 
Bukannya niat ku hendak melupakan dirinya . 
Ini kerana aku hanyalah seorang remaja yang punya fikiran tidak matang . 
Bolehkah dia mengerti kehidupan yang aku hadapi sekarang ?
Tak jemu aku berdoa agar hatinya lembut dan fahami kerjaya aku.

Suatu ketika dahulu ,
Duduk berjauhan mula saling rindu merindui,
Tetapi sekarang jiwa aku kian meronta dan mahu pergi sejauh-jauhnya,
Aku tak dapat kembalikan suasana pada ketika dahulu,
Kini aku lemah ! Lemah !
Tak berdaya !

Disaat ini sebenarnya aku memerlukan semangatnya bukannya kemarahan nya dan bukannya kemakian nya , bukan itu aku pinta . Kalaulah kau mengerti disaat apa yang berlaku dalam kehidupan ku sekarang .

Disini tempat kuluahkan , Tak terdaya untuk aku berhadapan dengannya sehingga kini ...................