Bila Jari Berhenti Menaip

Baru-baru ini terbaca entri mengenai Segmen BERHENTI BERBLOG ! Semestinya Segmen ni dituju khas kepada orang yang berblog tapi tak nak aktifkan diri lebih baik blah.


Disaat Berfikiran Positif :
1.Berkemungkinan dia terlampau sibuk sampaikan nak mengadap lappy tiada masa.
2.Mungkin dia tiada idea kot.
3.Lappy Rosak (ayat tak logik cc kan ada) hehehee
4.Blog kurang menarik dan tak tahu nak menarik kan camne lagi

Disaat Berfikiran Negatif.
1.Da follow dia pastu takde feedback terus. (nak hot lettue)
2.Orang mcm ni menyusahkan betul lah . Mula-mula beriye last-last kondem. Bangang toi ( panas hati )
3.Delete terus senang buang dia dari blog.
4.Kalau aku update entri macam ni hope dia terasa dan mula bergiat. (hehe)

Mana satu kah anda ? saya mungkin dua-dua. :) #motivasi diri.

Kita berblogger ini sebenarnya utk apa ? Berbalik pada misi utama lah cerita dia.HAHA.
Saya berblogger adalah untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup saya serta tempat-tempat menarik yang telah saya lawati. Selain itu , saya turut kongsi serba sedikit mengenai tips kehidupan, photoshot serta perjalanan seorang pelajar. Dan selain-selain nya ... time saya bersama kengkawan. Dengan cara ini mungkin saya akan mengingati kenangan disaat bersama mereka. Manusia macam kita ini bukan boleh ingat semua benda. Betul tak ? Sedangkan Bufday Mak Ayah pun Lupa apalagi yang lain ! Tak salah rasanya berkongsi dengan kengkawan mengenai perjalanan life saya. Di Samping itu, dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan adanya cerita berlainan. #ayatBMkauLONG!

Dan Awak ? utk apa ? FAMOUS ? NAK FOLLOWER RAMAI ? NAK ORG TAHU SIAPA AWAK ?
Fikir dan Fikir.

#taipanjiwa.