Kekecohan Di Stadium Darul Makmur


Geram ke tidak kan bila tunggu perlawanan JDT vs PAHANG ? last - last ditunda akibat beberapa insiden ! 
Agak terkilan dengan tindakan penyokong pahang yang telah membaling objek kepada penyokong JDT dan menyebabkan kecederaan . Malahan bas penyokong JDT turun di jadikan mangsa mereka membaling objek ke arah kenderaan tersebut. Di manakah integriti penyokong Pahang sehinggakan tragedi ini terjadi ? 


Dijangkakan dan berkemungkinan Perlawanan JDT vs PAHANG akan bermain di Stadium Hang Jebat Melaka tanpa penyokong. Disebabkan tidak ada semangat perpaduan antara penyokong inilah penyebab nya.


Selain itu , Dato Seri Safian Ismail berkata Jika FAM nak denda kita akan terima dengan apa yang berlaku .
Hal ini menyebabkan rata penduduk takut untuk pergi ke stadium disebabkan aksi - aksi penyokong yang tidak bermoral . 

Hope kedua team dapat main dengan baik tanpa sorakan daripada penonton . JDT buat yang terbaik . Kita boleh menang ! LUASKANKUASAMUJOHOR :)