Kenapa aku berblogger ?

Sejak 2011 lagi aku dah menceburkan diri utk jadi blogger sebab masa tu bosan gila so idea lain adalah untuk jadi blogger sepanjang cuti sekolah . Almaklum baru lepas SPM masa tu jadi banyak pula cerita dan aktiviti lalu aku shared kan di blogger.

Aku berkongsi bukan sebab aku riak serta bukan sbb aku bangga pergi ke tempat itu atau bercuti. Berkongsi sebab nanti bila kau dah mati anak + cucu + bakal suami aku ( kalau dah kahwin tu ) boleh lah baca cerita aku mengenai dioarang , persekitaran serta kehidupan yang aku jalani selama aku masih bernyawa lah . hehe..

Aku anjurkan GA semua bukan sebab nk menunjukkan aku byk brg utk dikasi tapi harta tak boleh masuk dalam kubur. Sepertimana sekarang alhamdullilah aku berjaya menceburkan diri dalam perniagaan seperti abah tapi takdelah searif abah. Ni aku bermula dari bawah mana tahu esok lusa abah bagi company dy kat aku . Kalau bankcrup mampos aku . lebih baik aku mula bisnes skrg . Merasa juga perit cari duit serta handle customer yang bermacam ragam .Itu pun aku nk kongsi kat bakal anak aku tu apa kerja aku sebenarnya.

Walaupun masih belajar tapi alhamdullilah aku boleh bahagikan masa untuk berniaga + berblogging + bersosial + so on . hehee . Aku nak bakal anak aku tu tahu yang aku ni boleh berdikari sendiri . boleh cari duit sendiri . modal semua dari hasil simpanan duit PTPTN serta wang saku yang abah bagi . Duit PTPTN insyaallah aku sendiri akan selesaikan tanpa menyusahkan mak dan abah . RM15,000 tak banyak mana . Kalau dah mula kumpul dari sekarang mesty cukup nak bayar kan ? 

Yang penting aku nak bakal laki aku + bakal anak aku tu selalu baca entri aku ni tiap kali dyoang rindu aku bila aku dah tak ada. How so sweet we are. HAHAHA . dan sekarang dah masuk 3tahun aku berblogging . Semua entry blog ni berkisahkan kehidupan aku sebagai student + bisnes kalau aku ada kongsi . 

#abiey nanti baca tau utk anak-anak . HAHAHA . bye