si kuat cemburu

Pertama, memang aku ngaku aku ni kuat cemburu. Cemburu bukan apa disebabkan kisah silam . Dulu ain xpernah ada perasaan cemburu or what else sehinggalah si tut berani curang disebabkan aku xde perasaan cemburu. apa aku kesha . kau bukan laki aku buatpe aku nk cemburu lain la kau laki aku yang sah . SUAMI . tu mmg wajib aku cemburu.Dah lepas tu lepas . citer aku and tut dah habes.

Dan sekrang bila dah belajar cemburu tu mcm mana , aku pula sakit ati menjadi - menjadi. dulu xde la cemburu sgt bila si sham ni ungkit : sayang memang xsyg abiey ke tu tak cemburu ? lol ==' . Pelan-pelan aku blajar perasaan cemburu tu kononnya disebabkan sayang dan Disebabkan cemburu yang terlalu kuat menyebabkan aku melarang si dia buat kerja or ada meeting gn client walaupun tahu dengan siapa dy pergi dan tujuan apa . Semua NO WAY ! tu lahh sapa suruh aku blajar cemburu tu macam mana , Memang kesian kat kau lah kan . 

Semalam dia said nk pergi KL , oke fine ? aku ? laaa syg xya la ikut, kan kerja . Memang aku beremosi terus cakap lantak kau . jgn cari aku . Sampai harini ain OFF fon tanda protes . Lantak la nak kata apa. 



Then secara tak langsung search internet pasal cemburu.

Mengenalpasti
 Anda harus mengenalpasti apakah punca yang membuatkan anda cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan kepada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah anda memikirkan sama ada anda perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tetapi sekiranya ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu anda terhadap seseorang, anda perlu tahu adakah perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi sesuatu hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang telah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburu anda.

Cuba memahami situasi
 Anda tidak boleh melihat sesuatu situasi itu dari pandangan pihak anda sahaja. Lihatlah situasi itu dari sudut pandangan luar. Cuba untuk menempatkan diri anda pada kedudukan pasangan anda dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun anda boleh tanyakan pada pihak neutral mengenai pandangan mereka. Dan ini akan mengelakkan anda daripada berada dalam situasi yang sukar serta dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

Fokus
Anda sepatutnya lebih fokus untuk memikirkan mengenai realiti sesuatu situasi itu berbanding daripada memikirkan pelbagai andaian yang bermain-main di fikiran anda. Ketika cemburu menguasai fikiran, kebiasaannya pelbagai imaginasi negatif akan terlintas di fikiran seseorang. Anda dinasihatkan untuk bertenang dan melihat sesuatu situasi itu berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Adakah sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi anda sahaja?? Hanya fokus dapat membantu anda daripada terus membuat pelbagai andaian.

Perbincangan
Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan anda untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan anda daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada anda melanggar peraturan, ada alasan untuk anda berasa cemburu. Hujah anda boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.

Berfikiran positif
Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang anda telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu anda.

kredit to GOOGLE .

Mungkin ada baiknya aku cuba kawal cemburu aku , tapi tengok lahhh ..... aku memang keras hati sikit. apa yang aku nak tu lah aku nak . selagi tak , mmg wasalam mls tegur.