Tips menjadi seorang pemaaf

First of all ain mohon maaf kalau ada sesiapa terasa dengan entri ain . Ia sekadar mengingatkan diri ain sendiri serta mulakan perkongsian . Jika ada tips dan nasihat ,boleh tambah yeee .

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?
 Tidak perlu menang setiap masa
 Pendapat dan citarasa manusia berbeza
 Memikirkan orang lain juga ada masalah
 Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
 Berdoa supaya disabarkan hati
 Bersangka baik
 Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
 Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Adab Ketika Marah
 Jangan marah kecuali kerana ALLAH . Jika ia melibatkan agama, dan sesuatu yang keterlaluan, marah adalah dibenarkan.
 Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah, jangan terlalu ikut perasaan .
 Menahan marah . Kerana sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.
 Berlindung kepada ALLAH ketika marah . sebut Au’zubillah .
 Diam , langkah terbaik untuk meredekan keadaan.
 Mengubah posisi. Jika berdiri, hendaklah dia duduk .
 Berwuduk. marah itu api syaitan . Sejukkan marah dnegan berwuduk.
 Bersabar dan memaafkan. Semua orang buat silap , kita juga. Jadi bersabarlah . Cuba.
 Jangan berdendam . Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih baik di sisi ALLAH

Jangan marah dah tau , Cool je dengan orang macam tu . InsyaAllah lama-lama dia akan sedar . 

aku berdiam diri bukan EGO , aku berdiam diri sebagai tanda aku tak mahu meneruskan perbalahan.
Mengalah itu Lebih Baik bagi aku .